Resepi Oreo Cheese Cake



haritu kemaruk wat kek...yela da 7 bulan pendam rasa....so buka peti ais tengok ada cream cheese, whipping cream pon ada...so decide wat oreo cheesecake...dulu penah wat tapi tak sedap langsung...hahaha so nak try wat lagi...hentam kromo je guna bahan yang ada kat umah...sodap lak...huhuhu


RESEPI OREO CHEESE CAKE

BAHAN DASAR
  • 300gm biskut oreo - buang krim
  • 75gm mentega cair
BAHAN FILLING
  • 500gm Philladelphia Cream Cheese
  • 110gm gula castor (nak manis lebihkan sket)
  • 1/2 eseen vanila
  • 2 biji telur
  • 150ml whip cream
  • 15 keping biskut oreo patahkan - buang cream (nak sedap lagi buh banyak2)
CARA-CARA
  • Dasar kek: hancurkan biskut oreo dan gaulkan dengan mentega cair. Tekan padat ke dalam loyang  8" dan bakar selama 15 minit suhu 160'c
  • Filling: pukul cheese da gula sampai gebu, masuk esen dan telur, pukul sebati then masuk whip cream (nak masukkan lemon sket pon sedap)...pukul sebati.
  • then masukkan biskut oreo, gaul rata guna senduk je
  • tuangkan atas dasar biskut tadi dan bakar secara bain marie pada suhu 150'c selama 45-50 minit.
  • biarkan kek sejuk lam oven dan sejukkan lam peti ais semalaman atau 4 jam 
  • pastu ngapppppppppppppp
*aku guna loyang 6" je so buat half dari suma bahan


0 comments:

Post a Comment

wow!!!!!ada orang nak komen....terima kasih awak =)


up