Kaunselor Laktasi


just nak share pengalaman aku jumpa lactation counselor...aku betul-betul berharap dapat susukan hanini...nila harapan dan impian aku skang....aku da cuba pelbagai cara...da try nipple shield...siap beli MAM dan tommee tippee nipple shield...da guna Medela SNS...da bagi hanini kat ibu susuan kot2 bole latih hanini DF tapi suma tak berjaya...bila tak berjaya direct feeding dia aku cuba pam pulak...tapi susu memang tak bape nak ada....giler tensen, frust, putus asa,sedih....suma bercampur baur dalam diri aku skang.

siapa yang tak kecewa bila tak mampu berikan yang terbaik tuk anak sendiri...siapa yang tak sedih bila tak mampu susukan anak sendiri....siapa yang tak tensen bila masih tak merasa lagi nikmat anak menyusu dari susu kita sendiri....siapa yang tak putus asa bila segala usaha yang dilakukan masih tidak membuahkan hasil...dari awal mengandung aku da niat nak fully BF anak aku...aku da buat segala persiapan....aku da berusaha sehingga ke saat ini untuk menyusukan anak aku tapi masih gagal,,,,aku memang da sampai tahap redha dan tawakal je ni


dengan berbekalkan sisa-sisa semangat yang ada, aku pergi jumpa kauselor laktasi ahad lepas. aku luahkan segala masalah aku....memang rasa luluh hati bila dengar LC itu cakap agak mustahil tuk aku buat hanini direct feeding...aku suarakan pendapat untuk relaktasi semula....pon luluh hati bila LC tu cakap kalo relaktasi pon mungkin aku hanya mampu berikan hanini 1-2oz susu sahaja....masyaAllah dugaanMU sungguh berat ya Allah...ampunilah dosa-dosaku dan izinkanlah aku menyusukan anakku....berilah peluang untukku merasa nikmat menyusukan anak sendiri....sesungguhnya Engkau Maha Pemurah dan Maha Mengetahui....bantulah aku ya Allah

punca aku gagal dan susu kurang:
  • hanini mengalami breast confusion (bkn nipple confusion) which is dia reject terus breast aku dari awal kelahiran...masalah ni boleh diatasi dengan cara skin to skin contact tapi mengambil masa yang lama tuk berjaya dan mungkin tak berjaya bila LC tu lihat keadaan hanini ritu
  • susu aku sangat kurang sebab aku pernah operate breast tuk buang lump so mungkin ada urat susu yang terganggu atau terputus...ianya mengambil masa kembali untuk develop saluran yang baru...inshAllah anak no2 nanti maybe urat tu da develop...mudah2an Allah izinkan 
  • sepanjang mengandung, aku mengalami hypo thyroid di mana ianya boleh menganggu prodcution susu
  • dalam tempoh berpantang, aku mengalami sakit yang berterusan...ingatkan sakit apa rupa nyer ada batu hempedu...so sakit tu sendiri membuatkan production susu makin teruk....pastu buat lak operation dan makan ubat tuk treatment, suma tu memang ganggu production susu
  • keadaan aku yang stress dan sakit membuatkan susu aku makin merudum
  • then masalah hanini taknak minum susu aku sendiri mungkin kerana aku berterusan mengambil ubat untuk masalah thyroid dan batu hempedu tu, so rasa susu tu maybe jadi pahit, payau,tak sedap...sebab tu hanini taknak susu aku
so, skang aku tengah berusaha tuk relaktasi kembali....relaktasi bermaksud mencetuskan kembali susu ibu...walaupon LC tu cakap mungkin aku hanya mampu hasilkan 1-2oz sahaja, its better than nothing...biarlah sikit dari hanini tak minum langsung susu aku....mudah2an Allah permudahkan usaha aku ni....AMIN

ibu cuba yang terbaik untuk hanini


7 comments:

Huda@Hood said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

InsyaAllah boleh!


Amin.....

syitah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hebatnye dugaan Allah..
and i thought i had it rough *malu*
patutnya syitah lebih redha and lebih bersabar..

syitah doakan cikpah berjaya ye :)
kuatkan semangat, jgn tensen2 okay..

MiNaH nGokNgEk said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

amin...inshaAllah bole...thanks huda



syitah: ujian tu sentiasa ada tuk hambaNya...sebagai hambaNya, saya totally redha tapi masih berusaha...Allah belom noktahkan lagi usaha saya....mudah2an usaha saya dan juga usaha syitah Allah beri ganjaran yang hebat.....jangan putus asa ok =)

Mr. Z and Mrs. Z said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya pernah buat operation breast lump masa anak dara.sbb breast lump ke kita tak leh bf.tp kalo saya pam mmg ada susu tp 2 jam pam pon ssh nak dpt 1 oz =(

MiNaH nGokNgEk said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ble kte wat operation kat breast ada urat susu yg da terpotong so take time untuk develop yg baru...so slalu anak yg 1st myb gagal tapi inshaAllah anak kedua dan seterusnya maybe boleh susukan...wallahuallam suma dengan izin Allah

MaMa IdLaN said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam,

Sis sabar ye..saya faham sangat perasaan sis..saya pun dapat DF baby 3 bulan++ jer..lepas tu baby nipple confuse..skrang baby dah 7m++
skrang saya pam dapatlah 3 oz sehari..saya bagi jugak baby..insyaAllah..kita dah cuba bagi yang terbaik..

MiNaH nGokNgEk said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@MaMa IdLaN

Alhamdulillah, sampai masih bersabar dan berusaha....hehehe

Post a Comment

wow!!!!!ada orang nak komen....terima kasih awak =)


up