Dosa dan Pahala Bukan Untuk Diwarisi


ok....rini aku nak shared sket isu dosa & pahala. Aku xla terer sangat tapi adela sket pendapat nak kongsi ngan korang. Dari perhatian akulakan banyak wanita yang salah anggap tentang SUAMI MENANGGUNG DOSA ISTERI. Perggghhh siap huruf besar lagi.....hehehe ok2 be serious. Aku tengok zaman skang neh para2 isteri makin banyak yang hanyut dengan dunia skang. Kebanyakan mereka lebih pentingkan kecantikan depan orang lain, kawan2, fashion, hiburan & banyak lagila. Banyak (maybe) suami yang diabaikan isteri & banyak isu isteri yang tak taat pada suami....hurrmmm takutkan tengok wanita zaman skang. Wanita akhir zaman di mana mereka hidup dengan sewenang-wenangnya.

Meh aku explainkan sket. Segala dosa yang dilakukan oleh isteri atau anak2 akan ditanggung oleh mereka sendiri & tidak akan dipertanggungjawabkan kepada suami/ayah/orang lain. Suami/ayah hanya akan menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri & anak2nya ke jalan yang benar iaitu Islam. Haaaaa.....faham dah ke skang?? Firman Allah:


“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)


So, dosa apa yang suami tanggung?? Suami hanya menanggung dosa kerana menjadi suami yang dayus. Yang tidak mencegah isteri & anak2nya melakukan kemungkaran, yang takut untuk menegur kesilapan isteri, yang membiarkan isteri bergelumang dosa & yang tidak menunaikan amanah & tanggungjawab terhadap isteri & anak2nya. Tetapi, suami yang sudah memberikan didikan agama & teguran kepada isteri & anak2nya supaya jangan melakukan perkara2 yang dimurkai Allah & mengikuti segala hukum Allah tetapi mereka tetap melakukan dosa maka suami terlepas dari dosa kecuaiannya kerana telah pon menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Hopefully, aku dapat membantu para isteri dari salah anggap maksud suami tanggung dosa isteri. Tiada istilah dosa boleh dikongsi mahupun diwarisi. 




0 comments:

Post a Comment

wow!!!!!ada orang nak komen....terima kasih awak =)


up