Kepada warga Malaysia yang Muslim,
Memberikan undi anda kepada parti yang bertanding merupakan
penyaksian anda kepada mereka agar mereka menjadi wakil suara anda di Parlimen
dan juga wakil anda untuk menerajui negara Malaysia yang dicintai.
Maka, pastikan pemilihan yang bakal anda lakukan itu
berdasarkan hujah, maklumat yang cukup, adil, saksama dan setelah anda
mendengar dari semua pihak. Elakkan hanya mendengar maklumat berat sebelah,
fitnah semata-mata, kelucahan dan juga ugutan. Gunakan tempoh yang ada
sepanjang tempoh berkempen menjelang hari mengundi untuk mendapatkan maklumat
yang adil dan saksama dari semua pihak.
Sebagai Muslim, prinsip keadilan, menentang kezaliman,
pembelaan terhadap golongan yang lemah, kesaksamaan, prinsip penunaian amanah
dan integriti serta penjagaan terhadap Syariat Islam menjadi panduan anda untuk
memilih. Perlu diingat, undi yang anda berikan itu bakal menentukan masa depan
negara, dan akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat nanti...
Selamat menempuhi tempoh berkempen PRU 13!
0 comments:
Post a Comment
wow!!!!!ada orang nak komen....terima kasih awak =)