murah rezeki


siang tadi aku tulis kat wall FB aku yang hanini dari hari ahad sampai skang cirit birit dan muntah2 sebab minum formula milk.....ramai giler yang respon....paling mengejutkan ramai yang private message aku nak jadi ibu susu hanini....subhanallah ramai nyer yang prihatin ngan nasib hanini....Allahuakbar begitu murah rezeki hanini....terima kasih ya Allah....alhamdulillah di atas segala nikmatMU.

aku balas balik suma yang PM aku....aku terpaksa tolak niat murni diorg sebab hanini da ada ibu susuan....ikut hati yang tamak haloba boleh aje aku terima susu diorg....dengan cara camtu aku yakin hanini boleh fully minum susu ibu sahaja....tapi aku tak boleh pentingkan diri sendiri...masih ramai lagi bayi yang perlukan susu ibu....biarlah rezeki yang Allah bagi kat hanini turut dikongsi bayi yang lain.

ada sorang yang msg aku tadi....dia cakap anak dia langsung taknak minum susu perahan dia....hanya nak direct feeding sahaja...setiap bulan satu deep freezer dia buang susu sebab da penuh then dia buat stok baru balik...masyaAllah terkejut aku dengar nyer....sayang sungguh dia buang begitu sahaja....aku tanya kenapa tak mahu cari anak susuan....jawab ringkas dengan hanini sahaja dia terbuka hati nak jadikan anak susuan....ya Allah memang terkejut aku dengar jawapan dia....tapi memang aku terpaksa tolak hajat dia....aduhai serba salah aku tadi....aku harap sangat dia boleh berkongsi rezeki dengan yang lain...mudah2an Allah bukakan pintu hati dia untuk beri susu tu kepada bayi yang memerlukan.

hurrmmm....macam2 ragam dan rezeki manusia neh....bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah beri sebab rezeki dan nikmat yang Allah beri takkan sama dengan orang lain....bila dengar masalah dan dugaan orang lain membuatkan aku lebih positif dan berfikiran terbuka untuk mensyukuri segala nikmat yang aku kecapi


nota kaki size 5: alhamdulillah...deep freezer da penuh kembali....terima kasih ibu susuan hanini


3 comments:

Mr. Doctor said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Prihatinnya rakyat malaysia.. Murah rezki hanani tu.. Grow well :-)

Btw, jangan lupa ya ambik freebies for you dekat blog MD

MiNaH nGokNgEk said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alhamdulillah....masih ramai lagi yang berhati mulia....terima kasih =)

Huda@Hood said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alhamdulillah!

Murah rezeki Hanini.


Post a Comment

wow!!!!!ada orang nak komen....terima kasih awak =)


up