resepi spageti olio yang mudah


haritu try buat spageti olio tapi version akulah.....oooo senang jugak nak wat.....merapu men campak-campak taaraaa da siap....hehehe korang boleh je ubahsuai resepi ni....kena berani cube ok.


BAHAN-BAHAN
1/2 peket spageti
1-2 keping dada ayam yang dipotong kecil (boleh pakai seafood juga)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 batang lobak merah
1/2 capsicum (dipotong dadu)
1/2 sdb serbuk lada hitam
1 sdb serbuk cili kisar
2 sdb cili sos
1/2-1 kiub ayam
1 cawan air rebusan spageti
1 biji telur
garam & gula secukup rasa

CARA-CARA
1. rebus spageti sampai lembut & toskan (amek 1 cawan air rebusan)
2. panaskan minyak dan tumis bawang putih &bawang besar hingga wangi
3. masukkan isi ayam masak sehingga masak
4. masukkan segala jenis sayur yang anda inginkan
5.masukkan serbuk lada hitam, sos cili, serbuk cili, kiub ayam, garam & gula
6. ketepikan bahan di atas dan masukkan telur & dimasak sampai jadi scramble egg
7. gaul rata & masukkan air rebusan tadi, kacau semua bahan sehingga masak rata 7 masukkan spageti (atau boleh tuangkan kuah ini di atas spageti)

p/s: kalo suka spageti yang kering boleh skip air rebusan tu....nak sedap pakai angel hair or vermicelli.....kalo nak pedas boleh lebihkan serbuk cili kisar.

2 comments:

czueka said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah! percubaan yg baik..hehee sy dah prnah cuba buat spageti2 nie tp x m'jd..after 2 jerak dah nk buat spageti..hahaa:D

MiNaH nGokNgEk said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cbela try resepi neh.....senang je tau....bahan2 pon memang ada kat dapur punya.....sedap ke x tekak awak jela yg judge....hehehe

Post a Comment

wow!!!!!ada orang nak komen....terima kasih awak =)


up